Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, September 13, 2009

Syahadah?


Majlis Tazkirah di Avon, majlis bermula awal memandangkan Ustazah sampai awal. Kehadiran warga Avon amat memberangsakan. Alhamdulillah persiapan awal telah dibuat segala rancangan berjalan seperti yang di rangcang.

Ustazah bertanyakan Syahadah anak2 kita siapa yang mengajarnya. Akut tersentak dgn soalan itu, cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak ku. Kemudian anda tanyakan diriku; Berapa orangkah dari mereka yang ku ajarkan kalimah syahada?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w.;
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:Sedekah jariahIlmu yang diambil manfaat dengannyaAnak yang soleh yang mendoakan untuknya”.(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Wajib bagiku menjaga dan mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh. Itu adalah tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan Allah keatas bahuku. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya.

Perkara pertama yang wajib bagiku adalah mengajarkan kepada anak-anakku kalimah Syahadah (لا إله إلا الله، محمد رسول الله). Mengajar kalimah Syahadah bukan hanya mengajar menutur atau mengucapkannya tetapi juga mengajar apa pengertian kalimah tersebut? Perlu memberitahu anak-anakku dari semasa ke semasa- bahawa dengan mengucapkan kalimah tersebut mereka telah mengisytiharkan diri mereka beriman kepada Allah.

Bab Solat juga disentuh:
“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)

My boss and Mr President send me a message " Great overall event"

No comments: