Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, September 28, 2009

Raya Penuh Makna




















Di pagi Syawal, agak syahdu kerana terkenangkan Arwah abah namun pada tahun ku benar-benar berbeza dari yang tahun lalu kerana dapat solat Hari Raya bersama suami dan anak dara ku. Suamiku terpegun melihat anak daranya bersiap bertelekung yang menunggunya di Sofa.

Kali ni Syawal, penuh makna kerana dapat bertemu dengan keluarga angkat suamiku. Bersama keluarga Mak Muar kami berkonvoi sebanyak 7 buah kereta. Memang amat teruja sekali menujuk ke area Johor Bahru. Sesampai saja kami disambut dan terus marhaban. seterusnya bacaan tahalil yang mana Dato' Noh meminta Zul membaca doa. Kerana doa ahli keluarga sendiri yang dirindui oleh ahli kubur.

Kami makan ketupat yang dibalut dengan daun pisang. Lain dari yang lain. Setelah itu kami bergerak menujuk ke Senai Johor Rumah adik mak. Memang terasa cepat sangat masa berlalu.

No comments: