Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, September 16, 2009

Solat Jemaah


Kuliah Subuh pada 23 Ramadan yang lalu, disampaikan oleh ustaz Firdaus. Sangat terkesan dihatiku. Antaranya beliau menyentuh

- bab Solat Jemaah. Jika sekiranya kita mengikuti imam sehingga akhir doanya maka pahalanya sama dengan beriman di sepanjang malam. Bagaimana dengan wanita. Adakah wajib baginya. Rasulullah pernah berkata bahawa jangan kamu melarang wanita-wanita untuk pergi ke masjid.Ibnu Umar meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda: “Solat jemaah lebih utama 27 darjat daripada solat sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang solat Isyak berjemaah seperti solat setengah malam dan siapa solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

-persaudaraan
ustaz berpesan, senyumlah pada saudara kamu kerana ia adalah sedekah. Pabila saudara kamu itu senyum kembali, kamu akan dapat dua kali ganda pahala ekoran dari senyuman dari mu. Lanjutkan senyumaman mu itu dengan salam.

No comments: