Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 15, 2009

Nasi Halba Kasih, Ayam Masak Merah Dayangku & Dalca Gemalai



Pada mulanya plan nak masak set Nasi Tomato tapi disebabkan kekanda ku masih lagi di office dan tak dapat nak membeli barang yang ku pesan maka masak apa yang ada ok. Nasi halba beserta Halia menggantikan nasi Tomato. Ayam masak merah kucuba kelainannya, instead masukkan sos cili ku gantikan dengan ciliboh, cobaan yang berani memandangkan selama ini tak pernah dalam masakkan ku menggunakan cili boh. Kemudian Dalca Gemalai. Dalca terlebih empuk la pulak so mujurku masukkan dalca dulu dari Santan. Oleh kerana dah empuk sangat santan ku kurangkan kerana dah likat sangat.

6.30 petang dah siap hidangan untuk malam ini. Anak2ku pulang dari padang tak sabar2 utk menikmati juadah. 7.00 pm mereka menikmati, tidak ku menyangka Amir begitu menyukai Dalca gemalai ku. Bertambah2 makannya. Adam tertanya nasi Tomatonya.. InsyaAllah bila cukup ramuannya nanti Ibu masakkan khas untuk Adam.

No comments: