Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 15, 2009

Pagi Yang Hening


Hari ini, 6.45 anak gadisku siap dengan travel bagnya untuk pergi ke Pulau Pinang. Beliau pergi bersama kawannya Nisak dan Mak Ciknya . Setelah menghantar beliau, ku singgah di Tasik dan kulihat betapa heningnya kawasan ketika itu. Lantas dengan selamba aku melangkahkan kaki ku mengelillingi tasik dengan hanya memakai selipar jepun. Itu bukan masalah bagiku yang penting bagi ku adalah utk menikmati ciptaan Allah yang tiada ternilainya ini. Diam tak diam aku telah 2 kali tasik ku jelajah tapi masih tak terasa penat walaupun peluh membasahi bajuku. 8.00 pagi ku pulang dan kusinggah kebunku . Buat kali kedua pisangku berbuah... sejarah bagiku. Inilah dia hasilnya kalu berbakti pada tanah. 9.00 pagi kusiapkan sarapan untuk anak2, Ringkas iaitu sossej and telur goreng.

Then aktiviti seterusnya pada pukul 10.00 pagi membawa anak2 pi Wet World. Permintaan dari anak bujangku Alif Naufal kerana beliau memang rapat dengan kakak then beliau begitu sekali ingin turut serta kakaknya tp apa kan daya girl activiti tak boleh la Alif nak joint sekali. Gang Anis memang rapat dengan Alif ni. 2.30 petang balik dan singgah Restoran Mengcomgkam... mak aiiii nasi Ayam dah naik harga 4.50 sen dah.. wow

No comments: