Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, December 24, 2009

Meggi Goreng & Nasi Goreng Cina

Meggi Goreng - for Adam, Amir & Amaar
Nasi Goreng Cina - For Alif

Ayam Goreng Lengkuas Berempah for Anis

Setelah 3 malam berturut-turut aku mengikuti majlis Ilmu yang benar -benar aku merasa akan faedahnya. Kuliah yang ku hadiri memang membakar semangatku menjadi seorang yang hebat dan terus maju. Ku ucapkan terima kasih kepada adikku Zura kerana memberi laluan kepadaku. Inilah masanya .... masa ku untuk mengubah cara hidupku. Setakat menunggu gaji setiap bulan seberapa mana aku boleh pergi. Sedangkan seorang mat rempit dapat mengubah nasibnya inikan yang sempurna sifatnya seperti aku. Disamping itu juga aku dapat membantu anak bangsa dan tak lupa emak dan abah. Pasang niat yang baik InsyaAllah pasti Allah akan beri jalan .. terus berusaha dan berdoa.

Walaupun sebelum pergi kuliah akan ku pastikan hidangan buat anak-anakku. Tapi tak sempat nak snap the photo sebab nak cepat. Tapi malam ni untuk tidak menghampakan, ku turuti semua permintaan merea.... Adam & Amir, Meggi Goreng, manakala Alif, Nasi Goreng dan Anis nakkan Ayam Berempah Lengkuas..... semua ku kabulkan... dah rasa macam Cheff wan laa pulak

No comments: