Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, December 27, 2009

Hadiah Yang Tak Dijangka Dari Adikku

Hari ni merupakan hari yang paling sibuk; pukul 10.45 pagi jumpa sahabat2 lama di Wisma kenshido, niatku ikhlas untuk sebarkan benda yang berfaedah untuk anak2 mereka sambil memberi sokongan kepada anak bangsa. Pembelajaran online system ini amat berkesan terhadap anak-anak. Akan ku aplikasikan kepada anak-anakku dan moga mereka memperolehi kejayaan. Alhamdulilllah sahabat2 ku berminat cuma mereka perlukan maa. Semoga Allah memberi petunjuk kepaad mereka agar memberi peluang kepada anak-anak mereka dapat menggunakan program yang amat berguna ini. Setelah hampir 12.30 aku terpaksa meninggalkan dewan kuliah tersebut kerana hari ini merupakan hari besar adikku Edi... hari meminang beliau. Sesampai saja disana mak telah bersiap semuanya menunggu aku. Aku jamah yang ada dan terus pergi ... kawasan dituju di Sungai Buaya... agak jauh juga dari apa yang ku jangkakan. Sesampai disana hujan turun, well hujan rahmat dari Allah tu.

Maka termeteri lah perjanjian antara adikku Eddie dan Shikin. Alhamdulillah. 4.30 kami beransur pulang. Setibanya dirumah Adikku Idah, memanggilku "kak mai jap". Nah untuk akak. Wow Gucci.... Thank you adikku.. ku tahu adikku sorang ni memang minah berjenama, semua baju dia berjenama namun beliau tak lupakan kakak beliau ni... terharu rasanya

No comments: