Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, December 13, 2009

Juadah Buat Suami & Anak-anak

Buah-buahan penting kerana mengandungi serat yang tinggi
Percubaan Pertama mencuba Kari Kepala Ikan


Semasa ku menuju ke Speedmart sebentar tadi aku mendengar diikim mendapati kajian tentang keluarga bahagia berbubung dengan didikan anak-anak yang berjaya. Menurut kajian yang telah dibuat rata-rata anak-anak yang berjaya daripada keluarga susah antaranya adalah kerana


a)sifat seorang isteri yang sering mentaati si suami. Sebagai contohnya menjaga makan minum yang senantiasa terjaga, dimasak oleh air tangan si isteri, menjaga auratnya dan senantiasa mendampingi suami walau dimana jua.


b) pemakanan, anak-anak akan terdidik dengan pemakanan yang mana adalah lebih baik dari makanan yang dimasak dirumah dibandingkan makanan diluar yang banyak bahan pengawetnya dan air tangan ibu itu juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara anak dan ibu.


c) pemakanan serat yang memastikan akan anak-anak dididik memakan buah-buahhan. Pastikan anak-anak akan menjamah buah-buahan terutama di pagi hari dan biasakan agar buah-buah tersebut sentiasa berada di dalam freez dan tersedia untuk dimakan.


Jika diperhatikan disini, sekarang alhmadulillah aku berjaya membentuk diriku dengan ciri-ciri a ) & b) yang mana suami adalah perkara nombor satu dan sekarang minat ku yang menjurus kepada bidang memasak. Namun c) aku baru berjinak-jinak untuk melentur diriku juga dan anak-anak kerana tiap kali kepasar pasti buah-buahan terdapat dalam senarai wajibku. Namun belum terlatih inyaAllah masih belum terlambat. Juadah untuk malam ini, Kari Kepala Ikan Bawal dihidangkan buat suami tercinta sebelum pergi ke Surau Mawaddah. Tugas si isteri yang memastikan suami dapat menunaikan ibadah dengan selesa (tak lapor lee)

No comments: