Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, December 17, 2009

Setiap Orang Akan Pasti Mati



Lebih kurang pukul 7.05 pagi my hubby received called from Mak Muar, my hubby dengan longlai mematikan telefon. “Tok Man dah meninggal” kata-kata yang lahir dari mulutnya. Aku, tidak lagi bertanya lantas bergerak ke almari bersiap apa yang perlu.

Mandikan budak bujang 3 orang tu then 8.30 kami bertolak. Disepanjang perjalanan Amir dan Alif tidur di belakang, hanya Amaar yang memang lasak. My husband memang amat prihatin kalu ada kematian. He drive like crazy, sesampai saja di Chempelak.. Amaar memuntahkan segalanya diaatas tubuhku..mabuk rupanya kerana tak pernah my hubby bawak laju sebelum ni.
Jenazah sedang disolatkan, kami menunggu jenazah diturunkan. Setelah disolatkan maka tiba masanya tok imam memohon semua yang hadir agar dapat memaafkan si mati. Aku dengan tiba-tiba terkenangkan arwah abah. Ku biar airmata melimpah, ku biar luluh rindu tercurah, segala kasih rindu tertumpah, seluruh hati aku berserah....
Aku seolah-olah merasa buta dalam cahaya, sungguh ku lupa tika bahagia kerana at anytime jika tiba masanya aku akan dipanggil. Cukupkah iman didada...??? tanyaku pada diriku..
For me, our life is too short to waste time hating anyone. What other people think about me is none of my business. No one is in charge of your happines except you. However good or bad situation is, it will change.

No comments: