Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, January 18, 2010

Ikan Sos Daun Limau Purut

Hari ni aku dilawati oleh VVIP dari US. Associate gathering dan last minute aku telah ditugaskan untuk menyerahkan anugerah yang kepada 2 pekerja terbaik buat kali ini.



Masa our big boss berucap, beliau acap kali mengatakan "you must have reason why you have to come to work. You must feel enjoy at work then you can perform. That's good for company". Ayat2 tsbt memang sudah tersemat di dalam hati. I love my job & merasa nikmat menjalankan tugas sebagai seorang kepada 5 orang anak.

So malam ini akau akan menghidangkan Ikan bersos Daun Limau purut. berserta togeh ditimbuni tempe..... he he ramuannya adalah:
2 ekor ikan Talapia/bawal/kerisi (ku guna kerisi)
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Utk Sos :
5 ulas bawang putih --dicincang
3 ulas bawang merah- dicincang
5 bj cili padi hijau - diicincang
5 bj cili padi merah - dicincang
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam @ 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya. Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

2 comments:

E-na Zarina said...

Salam...errmm sedapnya menu!!

fuzidss said...

Salam... terharu kerana E-na sudi berkunjung di laman saya. Salam pengenalan. E-Na pun apa kurangnya