Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, January 7, 2010

Menangisku kerna


Hari ini aku menangis. Menangis kerana kelembutan hati; dan juga keperitan hidup. Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Tangisan ku ini memikirkan betapa hamba yang punyai akal sanggup memperlakukan dan mempekecilkan hati hamba lain. Ku percaya ini ujian mu dan tidak sia-sia aku diuji kerana ku yakin ada hikmahnya pasti. Ya Allah kirimkan aku kekuatan di kala aku lemas mencari tempat berpaut. Dikala aku sunyi dalam gembira.

Namun aku selalu berpesan pada diriku
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]
kerana sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Ada kalanya aku menangis kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan ini pabila ku rebah di dada malam teringatkan disaat-saat getir ketika abah berdepan dengan maut. Di kala itu hanya padanya tempat ku mengadu kerana aku bukan wali yang suci dari Hina dan Benci.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

No comments: