Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, January 6, 2010

Forum Keluarga


Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan urusan akhirat. Semuanya adalah urusan agama yang ada nilaiannya diakhirat nanti. Manusia mesti melakukan urusan keduniaan menepati dasar-dasar Islam. Ibadah kepada Allah tidak boleh dikhususkan kepada ibadah khusus berkaitan hubungan dengan Allah sahaja seperti sembahyang zikir dan lain-lain, tetapi ia merangkumi semua ibadah umum seperti berkerja, melaksanakan amanah dan tanggungjawab, dakwah dan jihad, ekonomi dalam rumahtangga. Untuk mendapat keseimbangan, usahaku dalam membentuk keluargaku mengikut petunjuk syariat islam.

Allah berfirman kepada isteri-isteri nabi "Dan ingatlah apa yang dibacakan dirumah-rumahmu dari ayat-ayat Allah & Hikmah, sesunggunya Allah Maha Lembut dan waspada"(Al-Ahzab -34).

Maksud tersirat disini Allah meminta mereka berzikir maka disini ada unsur belajar. Maka disini perlu ada sistem belajar syariat setiap rumah seorang muslim melalui majlis/forum ilmiah menghimpunkan seluruh anggota keluarga. Disinilah datangnya peranan pertemuan keluarga iaitu pertemuan rutin. Aku menetapkan setiap malam Rabu dan Jumaat merupakan pertemuan keluarga dan merupakan majlis ilmiah. Buat pertama kalinya bagi tahun 2010 aku memulakan majlis pada malam ini dengan bacaan Yasin dan tahlil buat arwah abah. Setelah itu aku menerangkan bahawa apabila Mati Anak Adam, Terputuslah Amalannya Kecuali Tiga Perkara: Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanafaat Dan Anak Solih Yang Sentiasa Mendoakan kepadanya.
Bingkas Adam bertanya" Kalau cucu macam mana pulak bu?" Masih diterima kerana dalam doa tersebut Adam sebut nama siapa nama tok dan orang-orang sebelumnya. Namun sebaik-baik doa datangnya dari keluarga itu sendiri." Ohhh jawabnya. Moga peluang ini dapat merapatkan lagi hubunganku dengan anak-anak.

No comments: