Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, January 5, 2010

Pemimpin Kepada Adik-adik


Dalam menangani anak remaja lelaki memang agak sukar. Ku pujuk hati ni agar tidak terlalu keras dengannya. Sesungguhnya kemampuan anakku Adam ini pelbagai walaupun keputusan UPSR nya tidak setanding kakaknya namun pabila dengan adik-adik beliau lebih matang. Yang penting motivasi dari ku dan suami.

Pagi tadi sesudah solat subuh Si Amir menangis bagaikan dipalun. Si Abah memanggilku lantas aku kebilik. Belum sempat berkata-kata kulihat Adam menghampiri adiknya. " Amir kan bijak nak pegi sekolah nak baca Yassin kan. Nanti abang ambik tau" Ya Allah sejuknya hati ini mendengar kata-kata yang datangnya dari anak bujangku ini. Aku dengan pantas memeluknya " ibu bangga punyai anak macam Adam" beliau diam macam terkejut...

No comments: