Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Bagi Amir...

Bercuti hari ini semata2 untuk menemani si Bujangku Amir Farhan. Sungguh bersemangat waja dan tidak ada perasaan takut langsung. Aku ditemani oleh Anak Bujangku Adam. Mereka berdua memang rapat dan si Abang sanggup menawarkan diri untuk mengambil dan menghantar si Adiknya demi kasihnya terhadap adiknya. " Ibu baliklaa... tak yah tungguh Amir" Kata-kata yang dilontar oleh sikecik itu.Kami berdua tersenyum.

Kelas bermula dengan bacaan Yasin dan anakku bagaikan termangu-mangu kerana most of them dah boleh membacanya. Inilah sekolah yang tepat buat Amir. Minatnya mendalam terhadap hafazan membuat aku rasa amat bersyukur sekali. Alhamdulillah. Setelah itu kamipun beredar. Dirumah terdapat 4 anak gadis yang sibuk membuat persiapan sekolah. Anis, Nisak, Zulaikha & Arliana memang rapat dan kuharapkan akan berterusan begitu sehingga ke akhir hayat.

No comments: