Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, February 3, 2010

Ayam Brokoli Bersos Lada Hitam


Malam ni memang lambat aku masak kerana banyak kerja tadi. Namun pun begitu sempat juga ku gapai dapurku dan kupastikan kaki menjejaki dapurku walaupun sepenat manapun aku. Inlah hasilnya hari ini Ayam brokoli Bersoskan Lada Hitam dan Sup Ikan Merah . Tak ingat dah dapur siapa yang ku jejak namun ia terpahat di ingatanku dan kuucapkan terima kasih kepada rakan blogku yang sudi berkongsi Ilmu
Bahan-bahannya adalah
Brokoli
Ayam
Cendawan
Bawang Merah (ditumbuk)
Bawang Putih (ditumbuk)
Lada Hitam (ditumbuk)
Halia (dihiris Halus)
Sos Tiram
Cili Merah di hiris2
Dan Garam secukup rasa.
caranya
Gorengkan bahan yang ditumbuk dan biarkan naik bau kemudian masukkkan ayam sesuka anda dan kemudian biarkan dia mengelegak dan masukkan Brokoli dan Cendawan dan kemudian biarkan dia mendidh. Kemudian boleh dihidangkan

No comments: