Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, February 4, 2010

Urap Pucuk Ubi.

Hari ni dok fikir pucuk ubi dari bonda Muarku masih lagi belum bersentuh. So Apa lagi Uraplaa kan dibenakku ini. Pi lawat dapur En Gebu kita...

Bahan2
1 cekak pucuk ubi, direbus lembut dan potong kecil
1/2 cawan taugeh, buang ekor1
cawan kelapa parut putih
Sedikit garam dan gulaBahan

Tumbuk Halus:-5 ulas bawang merah2 ulas bawang putih3 batang cili merah4 biji cili padi (kalau suka)1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan1/2 inci belacan1 inci ubi cekur1 inci kunyit hidupCara membuatnya:-

Dalam lesung baru, tumbuk semua bahan2 tumbuk hingga halus. Keluarkan dari lesung dan gaul bersama kelapa parut. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.Gaul hingga sebati dan rata. Ketepikan. Pucuk ubi dan taugeh dimasukkan ke dalam campuran kelapa dan gaul hingga rata. Masukkan campuran urap tadi ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak 2 - 3 minit hingga taugeh lembut. Gunakan api perlahan.

Sumber: Bonda Muar & En Mat Gebu

2 comments:

ijayuji said...

Salam kak! kita dtg niiii :D ank akak 5 org cayalah bdn maintain jer ;-) yg sulung pun dah besar kan?

fuzidss said...

Thanks Tie.. kerana sudi singgah