Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, March 23, 2010

AYAM KICAP SUNKIST

Hitam-hitam sitampok manggis, sungguhpun hitam rasanya sedap... Thanks to TDJ... minta izin ubah sikit namanya ...sebab saya lebihkan sunquick. Thanks Dayang...berikut

Resepi Ayam Kicap Sunkist Bahan-bahan : (boleh adjust mengikut citarasa)
1/2 ekor ayam (dipotong kecil2, digaul dgn sedikit garam dan kunyit. Goreng 1/2 masak)
1 labu bawang besar (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1-2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sk sirap oren Sunquick
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap manis

Bahan2 hiasan : tomato, daun sup, bawang besar yg sudah digoreng. Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan air secukupnya mengikut citarasa masing2. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan ayam yg sudah digoreng. Gaulkan. Kemudian masukkan bahan2 selebihnya. Kacau lagi hingga ayam betul2 masak. Setelah masak, tutupkan api. Masukkan tomato dan gaul2kan dan hiaskan dgn daun sup dan bawang goreng.

5 comments:

MamaFaMi said...

Cam sedap je! Tapi kalau masak pun, masak ciput je la sebab anak-anak ma tak reti makan kicap! Hehe..

fuzidss said...

salam. oh ye ke? my kids memang suka kicap ..kalu sebulan 2 botol besar kicap habis

hazila said...

Salam kunjungan balas. Oh duduk kat Sek. 7 ye, selalu juga merayap kat situ. Selamat berkenalan dan saya link ye.

ZaiY said...

samalah anak saya ni hantu kicap gak.benarnya ikut mak dia yg hantu kicap dr kecik. tp dubai xde kicap yg sesedap kipas udang tu, so stiap kali balik kenalah usung 2-3 botol..nk usung byk2 beratla pulok..

fuzidss said...

Hazila- Terima kasih kerana sudi singgah, Kalu pi Seksyen 7 tu meh singgah umah ya

Zaiy- Betul tu.. keturunan jawa ni memang suka kicap kot