Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, March 21, 2010

Banana Coconut Ball


Ni dia cucur pisang tapi nama mak ai glamour sungguh. Bak kata Hana Japan banyak tanduk tapi kekanda ku sangat suka dan memang khas untuknya. Lagut ku lihat kekandaku makan kat office tadi. Ku pulak lagut melihatnya makan dan terasa sejuk hati ini sambil ku bantu mengemas office nya yang berserabut tu. Thanks Hana & Love
Bahan2nya
7 Biji pisang emas
1 sudu besar gula - kekanda tak suka manis
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan kelapa salai
2 cawan tepung gandum
garam
Minyak
Cara2nya
Masukkan pisang dan lecekkan sehingga hancur kemudian masukkan gula, dan kacau masukkan tepung dan baking powder dan kacau sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan kelapa salai then kacau lagi sehingga boleh dibentuk bulat. Jangan terlalu cair adunannya kerana akan serap minya kemudian panaskan minyak. Saya lebih bentuk bebola tu menggunakan tangan kerana air tangan ni la yang akan mengikat kasih antara anak dan suami. InsyaAllah goreng sampai agak cokelat dan angkat ya

6 comments:

Fiza Nordin said...

salam kenal juga dari saya buat dayang sofia...terima kasih sudi berkunjung ke blog saya yg tak seberapa tu...klu sudi kite link ye.bolehla lepas ni kite selalu 'jalan'... :D

fuzidss said...

Salam kunjung mengunjung Fiza... Terima kasih kembali

ZaiY said...

ni feberet mak sy jugakni.. dia kalu buat cokodok mesti nak taruk kelapa.tp mmg glemerla namani..ehehe..

paij188 said...

sedap tau ni! kitaorg panggil cucur lemak manis.

hana said...

bestnyer dapat bekal mangkuk tingkat cenggini! sok kiter tingglkan mangkuk tingkat kosong kat sini kak er! isikan bley?? hihihi

fuzidss said...

Zaiy- tu la kan namanya dasyat

Paij- tu la dia cucur jee sebenarnya

Hana- boleh-boleh nanti akak post via courier ya