Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, March 20, 2010

Cheese Wedges

sementara mencari bahan for today lunch so upload la N3 yg belum diuploadkan so ini dia ilham dari Hana Japan Mazz and Ija... sorry la ya terhitam sikit sebabnya nak cepat ada conference call the US team at 9.30 pm last Thursday. so tergocoh gacah sikit.
Bahan-bahan
2 biji kentang saiz XL - potong 4
2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk cili
1 biji telur - [terlupa la]
Tepung gandum secukupnya untuk salut - [pakai kunyit je]
Garam Cara-cara
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Sos Keju -
Bahan-bahan
2 sudu mentega
2 sudue tepung gandum
¼ sudu garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut [ ku guna yg slice sebabnya warna je orrange ]
1/2 cawan yogurt
Cara-caranya
Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.. Perlahan-lahan tuangkan susu dan yogurt .. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.. Masukkan keju, dan serbuk bawang putih. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.Hidangkan sos bersama kentang dan mayonis.

2 comments:

ijayuji said...

salam kak dayang..sedapnyer! kalau boleh hari2 nak buat :D akak guna cheezy apa eaK? nmpk sedap tuuu..

fuzidss said...

Salam Ija... akak guna Cheedar Cheese but yang slice sebabnya yg slice ada warna oren.... cuba tau