Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, April 22, 2010

Kembong Percik


Hari ini intai dapur kak Jun best niii. Terharu sungguh bila hubby call from Penang tanya hari masak apa yang.... wahhh Just imagine kul 6.00pm dah tanya tuu. Selalu soalan standard darinya " Yang, malam ni masak tak? .. soalan dah tukar malam ni masak apa. Seronoknya rasa dihargai kerana difikirannya hanya masakkan isteri waduh..waduh seronok gitu
Bahan2nya
3 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa

Cara2:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.[ku gorengkan terus sebab lambat nak bakar lokung balik nak makan dah]
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yg lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. lumur ikan dengan kuah percik

5 comments:

ijan said...

Salam,
Sedapnye ikan percik. Lama tak buat rasa teringin pulak. Kite suke kuah banyak :)

fuzidss said...

salam Ijan.. macam tu kena tambah santan ..baru kuahnya banyak terima kasih kerana sudi singgah

hana said...

sedapnyer kakk.. kiter suker percik2 nih!

mokwonik said...

arwah nenek mokwo dulu selalulah wat percik2 nih..maklumlah masak guna dapur kayu..belen2 bara tuh mesti wat bako ikan..isk,isk,isk..nostalgia betul! sedap nampak ikan tuh..mokwo cukup suka kuah pekat gitu!

fuzidss said...

Salam Hana- memang sedap niii sebabnya berasa laa rempahnya

Salam Mokwo - kalu masak style lama lagi sedap ni