Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, April 21, 2010

Rendang Menunggu Kanda

Rendang ni memang ditujukkan khas buat suami tercinta. esok nak berangkat ke Penang subuh2 lagi so berusaha memasak masakkan kegemarannya. Namun sehingga kini kandaku tak pulang. ...resepi dari Dayang.. thanks

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
daun kunyit
santan secukupnya
kerisik secukupnya
gula melaka /gula pasir secukupnya
garam secukupnya
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut Bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu rempah kari
15 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurang)
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan (kecuali kerisik) di dalam periuk/kuali besar. Masak hingga kuahnya pekat atau hingga ayam sudah 3/4 masak. Masukkan ayam dan kacau tanpa henti hingga kuahnya hampir kering.

2 comments:

paij188 said...

buat utk daging pun best agaknye kan?

fuzidss said...

ha betul tu ..tapi anak-anak tak suka sangat..