Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, April 19, 2010

Kerabu Sotong Berserta Suhun


kerabu yang tak berapa nak menjadi ni
KERABU SOTONG & SUHUN by K.Hanieliza
Bahan2
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis [tak ada]
1 s/b sos ikan
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb tak ada, ganti dgn tomato
1 labu bawang besar
1 batang timun [ganti dgn carrot]
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.
Anda mungkin juga meminati:

3 comments:

hazila said...

Apa yang tak menjadinya Fuzidss? Nampak sedap je...

fuzidss said...

ha ha sebabnya campur sekali kepala sotong so warnaya bertukar sedikit tapi still sedap

Datin El said...

salam fuzidss..yang paling penting sedap..kalau akak dapat sepiring ok juga ni..