Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, May 3, 2010

Siakap Goreng Bersoskan Pes Tom Yam


Hari nak cepat sesangat sebab memang nak pi jemaah di surau amanah kandaku so inilah dia yang terlintas dikepalaku. Balik awal hari ni pi ambik Amir then terjah pi dapur. Kat surau ramai juga yang hadir disaf muslimah ada 3 baris. Balik mengadap surat2 cinta buat pelanggan tercinta
Bahan2:-
• 1/2 ekor ikan siakap - - lumur garam dan serbuk kunyit, goreng agak garing, angkat dan letak dalam pinggan dan ketepikan.
• 1 labu bawang besar - potong dadu
• 4 - 5 biji cili merah (ditumbuk)
• 2 biji cili padi/cili thai
• 1 cm halia (ditumbuk)
• 1/2 cm lengkuas
• 2 ulas bawang putih
• 1 sudu besar jus limau kasturi
• 2 helai daun limau purut
• garam dan gula secukup rasa
2 sudu pes tomyam jenam Nona


Cara Memasak:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali/ambil lebihan minyak menggoreng ikan tadi, tumiskan bawang besar hingga naik bau/wangi.
2. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan masak hingga terbit minyak dengan api perlahan. Tambah sedikit air jika terlalu kering dan masak lagi.
3. Kemudian masukkan jus limau, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa dan pes tomyam dan Kacau rata.
4. Masukkan tomato yang didadu tadi. Kacau balik rata dan seimbangkan rasa.
5. Tuang ke atas ikan tadi dan sedia untuk

4 comments:

Sheila Shafea said...

salam siakap mmg fv ikan akk sefamily..masak jenis apa manu sekali pun sdp..nak nya ikan lepas dtp gi mancing kat pulai indah kelang sdp isinya..nak sikit rasa hehe

fuzidss said...

Salam Sheila... memang sedap sebabnya fresh hasil dari pancing. Jemput kerumah Sheila

hazila said...

Sedapnya...yum yum yum

fuzidss said...

ha ha memang sedap ni sebabnya pes tu meresap teruk ke isi ikan tu.. nanti akak letakkan resepi ni ya