Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, September 5, 2010

Pesanan ustaz Amal


Kuliah Zohor semalam, Ustaz jemputan adalah ustaz amalludin Astro yang terkenal dengan zikir2 beliau. Beliau menerangkan bahawa setiap kali keluar rumah bacalah Doa Bismillah hitawakkal...

bermaksud, Dengan nama Allah (aku keluar) aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya upaya kecuali denga Allah. 3 keberkatan doa keluar rumah ini iaitu

a) pabila keluar rumah dapat mendapat hidayah Alah
b) Allah beri rasa Qanaah pada kita (rasa cukup dan tak ada perasaan tamak cintakan dunia)
c) Syaitan tidak akan dekat dengan kita.

Disamping Ustaz juga menyaran agar
a)membaca doa " jadikanlah penghujung hidupku sebaik-baik hidup'.
b) cari amalan yang mana amalan itu membawa kebaikan kepada ramai orang.. ini dinamakan smart ibadah. Kisah di sebuah surau yang mana tinggi tempatnya yang airnya susah nak naik namun kolah tersebut senantiasa penuh dengan air dan terdapat seorang jejaka yang begitu teruja ingin tahu bgm dan maka malam tersebut beliau tidur di surau dan bila sebelum subuh kedengan bunyi lembu dan diintai ditingkap didapati seorang wanita tua yang membawa air untuk memenuhi kolah tersebut.
Lantas dengan beraninya pemuda tersebut menegur wanita tua tersebut maka wanita tua itu menjawab bahawa dengan cara ini sahajalah beliau mampu bersedekah.... Subhanallah betapa murninya kerana usaha beliau telah memudahkan ramai orang dalam menunaikan ibadah maka oleh itu segala amalan yang kita lakukan x perlu diketahui orang lain dan mudah kan orang lain maka amalan itu akan berterusan
Dan akhir sekali ustaz berzikir doa taubat yang mana hampir keseluruhan jemaah muslimah mencucurkan airmata mengenangkan dosa masing2

No comments: