Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, September 5, 2010

Sup Tulang Rusuk


Atas permintaan ramai, sekali lagi ku hidangkan sup tapi kali ini Sup Tulang Rusuk Kambing. Bagiku yang pertama itu lebih sedap kerana daging import dan harganya pun mahal lee.

Bahan-bahannya: (dikisar)
Bawang merah (warna purple)
Bawang putih
Halia -1/2 inci
Lengkuas -1/2 sudu
Biji ketumbar 1/2 sudu
Jintan manis 1/2 sudu
Jintan putih 1/2 sudu
Lada putih
Lada Hitam
sedikit Lengkuas

bahan-bahan irisan
Daun Bawang
Daun Ketumbar
Daun Sup

dan 2 biji kentang dipotong
dan sekilo tulang direbus terdahulu

3 rempah utama :- bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkiah
Cara- caranya:
Blend semua bahannya dan tumiskan dan masukkan 3 rempah utama tunggu  sehingga naik bau dan masukkan tulang yg direbus dan kentang. kemudian boleh tutup hingga mengelegak.

dah mengelegak masukkan dedaun yg yg dihiris kemudian sesiapa yg suka tambah bawang goreng silakan.




No comments: