Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, October 19, 2010

Ayam Bistik

Kali ni intai dapur kak Ummi & Dayang, "ibu rasanya macam ayam Khulafa jee" ushhhh, standard mamak tuuu. best2.. Hari ni ada meeting Fergi's debut Fragrance. So excited menanti kemunculannya. Tungguuuuu

Bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana -digoreng
2 batang serai (dititik)
50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
100 g puri tomato
2 biji tomato (dibelah 4)
sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
1 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos cili
garam
kacang peas - jika suka
Bahan-bahan mesin :
7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
Cara-cara :
Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkanbancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
Hidangkan.

/fuzidss

5 comments:

Khai Adry said...

salam ziarah fuzidss ..... wah sedapnye nampak ayam bistik tu ..... suka lah ....nak respi leh tak ..... dan follow sekali ....

Mas said...

sedapnya tengok ayam bistik ni...nanti nak try la...

fuzidss said...

Khai- thanks kerana sudi singgah

Mas- kena cuba ni memang sedap

fuzidss said...

Khai- thanks kerana sudi singgah

Mas- kena cuba ni memang sedap

LiNa_Pg said...

salam..fuzidss sedapnya ayam bistik..bleh try ni..anak2 sy suka mkn ayam