Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, October 20, 2010

Gulai Ikan Nyuk-Nyuk

Justify Full

Ni memang fav my kanda laa tp dia masih lagi kat office la nii. Cepat laa balik kandaaaa

Sumber: rasa.com.my
Bahan-bahan:
600gm ikan senangin dipotong dan dibersihkan
6 biji kacang bendi
1 biji terung panjang dipotong [terung tak ada]
5 sudu makan rempah kari ikan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis biji
1 tangkai daun kari
2 sudu makan air asam jawa
400ml santan pekat
400ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuning-kuningan.
2. Selepas itu masukkan halba dan daun kari. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari, jintan manis dan jintan putih yang telah ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik minyak.
4. Setelah itu masukkan santan, air dan air asam jawa. Kacau rata.
5. Masukkan ikan dan biarkan mendidih seketika.
6. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan terung.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa, kecilkan api dan biarkan masak.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.

/fuzidss

3 comments:

hazila said...

Salam,
Dah lama tak menggulai ni. Saya suka gak ikan nyuk nyuk ni.

fuzidss said...

tapi bab2 anak2 akak kurang..patutnya masak 1/2 ekor jee ikan tu

fuzidss said...
This comment has been removed by the author.