Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 9, 2010

Kembong Tumis Sambal Taucu


Tak sangka langsung bebudak suka masak cara ni, kalu taucu itself memang kurang tapi letak cili kering sikit , licin habis. Ibu happy kerana dapat diet sikit he he

Sumber: CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan kembong jenis besar
2 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris serong
1 batang leek, dikerat2 dan rendam
1 camca besar sos tiram
1/2 inci halia, diketuk
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar taucho
1/2 camca teh gula
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, jangan terlalu garing, angkat dan toskan.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawag besar, halia, bawang putih hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah taucho dan sos tiram, kacau dan tuang air.
Bila mendidih, tambah gula, cili hijau, leek(toskan dahulu) dan ikan goreng tadi, gaul rata, kecilkan api dan masak hingga kuah pekat sedikit, jika suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
/fuzidss

No comments: