Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, December 9, 2010

Udang Kicap Berempah

Sumber dari Kak Ayu yg sweet itew

Bahan A:-
1kg udang
3 biji bawang besar (potong bulat)
1 labu bawang putih-hiris
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
rempah 4 serangkai-saya juga gunakan all spice sikit aje
10 tangkai cili padi-ikut kepedasan
garam aje
gula sikit-buat syarat
daun ketumbar-agak2 aje [ tak ada saya tukar kpd cili bunga itew]
3 sudu kicap pekat [saya tambah]

Bahan B:-
1/2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk cili


Method:-
Gaul rat kewsemua bahan B, sedikit garam & perasa bersama udang. Goreng jangan terlalu lama, angkat tos dan ketepikan. Kemudian panaskan minyak, tumis bawang besar & putih. Kemudian masukkan cili padi yang dipotong kecil2 bersama rempah 4 serangkai.
Apabila wangi kecilkan api, masukkan kesemua serbuk didalam bahan A, garam, perasa & gula dan kacau. Apabila semua serbuk tadi dah masak, masukkan udang tadi & gaukl rata. Masukkan juga daun letumbar yang telah dipotong kecil2. Udang berempah siap dihidangkan, Lagi sedap diratah begitu sahaja.Tambahan:-Masak udang berempah ini tidak meggunakan air walau sedikit pun. Oleh itu ketika masak kesemua serbuk dibaahn A memerlukan api yang kecil & selalu dikacu.
/fuzidss

No comments: