Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, October 1, 2011

kematian yang mengejutkan

Kucing ini adalah kesayangan kak zah dan keluarga bernama ogie. Hari merupakan hari yang sangat sedih buat mereka sekeluarga kerana dikejutkan dengan kematian Ogie. Langgar lari.. kami pun turut merasa kehilangan kerana ogie merupakan makhluk allah yang senantiasa menjadi tetamu kami pabila kak zah keluarga bercuti diluar kawasan. Amaar paling rapat dengan ogie ... teringat kembali kisah yang mana semasa kuliah di mawaddah ustaz menerangkan binatang akan menuntut haknya di akhirat nanti pabila dizalimi oleh manusia. Jadi ingatlah wahai pelanggar lari tersebut, ogie akan menuntut hak nya nanti kerana Allah pasti memberi keadilan kepada semua makhluknya
/fuzidss

No comments: