Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, October 2, 2011

Tazkirah Motivasi dari Ustaz Zamri

Dunia ini adalah satu ujian...peperiksaan yang dialami adalah satu process oleh itu kita sebagai ibubapa jangan menekan anak- ada 3 perkara a) jaga hubungan dengan Allah, pastikan tidak ada maksiat dilakukan. Ilmu itu cahaya kerana cahaya tidak akan menyuluh kepada mereka melakukan perbuatan maksiat. Yang kedua adalah hubungan dengan ibubapa pastikan pelajar senantiasa menjaga hubungan dengan ibubapa. dan yang ketiga cari redha Allah.

Saranan ustaz juga berhubung dengan disaat-saat akhir buat peta minda dan disaat akhir ini hanya dirujuk kepada peta minda. Memasuki dewan pastikan badan terkandung dua iaitu oksigen yang cukup dan juga glukose yang tinggi. Oksigen adalah air yang cukup dan bagi glukose sila makan kurma, madu dan juga kismis.

Dan jangan lupa berdoa " Ya Allah jangan engkau lupakan ilmu yang aku pelajari, dan keluarkanlah ia ketika mana aku berhajat kepadanya."InsyaAllah ada jalan keluar.

Amaar setia menemani solat hajat khas buat kakak ...Moga Allah permudahkan kakak Anis Menduduki peperiksaan PMR
/fuzidss

No comments: