Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, November 9, 2011

Ilmu.....

Buat ketika ini ku singkap kitab ini, yang terperap di dalam almari buat sekian lamanya. Dihadiahkan oleh ex boss. Moga Allah limpahkan rezeki dan rahmat kepadanya.

Abu Darda' berkata, kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cintai dpd saya bangun beribadat sepanjang malam. Ia berkata lagi; orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu, adalah dua orang yang berkongsi dlaam kebaikan. Sementara orang-orang selain keduanya sisa belaka, tiada berguna sama sekali.


Imam Syafi'i r.a berkata pulal Menuntut Ilmu itu lebih utama dari solat sunat. Berkata Fatah al-Al-maushili rahimahullah; Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan atau minum ubat, ia akan mati! Orang ramai menjawab ; Benar katamu! Dia berkta pula: Demikian pulalah sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia. Sungguh tepat sekali ucpaan Fatah al-maushili itu, kerana makanan hati ialah ilmu pengetahuan dan hikmat, dan dengan kedua benda iutlah ia boleh hidup, sebagaimana tubuh badan itu hidup dengan makanan. Seorang yang tiada mempunyai ilmu pengatahuan, hatinya menjadi sakit dan kematiannya sudah pasti. Akan tetapi ia tidak akan merasakan yang demikian itu, kerana kecintaanya kepada dunia dan kesibukkanya tentang dunia itu akan melenyapkan perasaanya. Kita berlindung dengan Allah pada hari dmana segala tabir akan tersingkap. Sesungguhnya manusia itu sedang nyenyak dalam tidurnya, nanti ia bila mati akan tersedar.


Berkata Ibnu Mas'ud r.a : Hendaklah kamu mencari ilmu pengathuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatnya ilmu pengatahuan itu dengan kemaitan ahli-ahlinya. Seseorang kamu tiada dilahirkan sebagai orang yang sudah pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar.


Sunber : Bimbingan mu'minin



/fuzidss

No comments: