Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, November 9, 2011

Sama Merasa

Pagi tadi, sesudah balik dari solat subuh di Surau, Jiranku kak Zizah, mengucapakan terima kasih diatas daging. Beliau sebelum ini kurang maklum bahawa sebenarnya daging korban boleh dimakan oleh tuan punya korban. Kunyatakan bahawa memang boleh.



Dalam korban sunat pula, terdapat bahagian daripada daging korban itu yang sunat dimakan oleh orang yang berkorban atau dihadiahkan, dan terdapat bahagian yang wajib disedekahkan.Hanya bahagian atau hak orang yang berkorban itu sahaja yang harus dipindahkan ke negeri lain. Manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin wajib disedekahkan di tempat berkorban itu juga dan haram dipindahkan ke negeri lain.Secara mudahnya ialah.a.


a) Sepertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Diwajibkan bagi orang yang berkorban untuk menyedekahkansebahagian daripada daging korban sunat dalam keadaan mentah, iaitutidak dimasak, kepada fakir dan miskin untuk dimiliki oleh golonganini.Bahagian ini wajib disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskindi negeri (tempat) binatang korban disembelih dan haramdipindahkan ke negeri lain.b.


b)Sepertiga (1/3) untuk dirinya sendiri Disunatkan bagi orang yang berkorban memakan sebahagiandaripada sepertiga sembelihan korban sunatnya sebagai mengambilberkat. Malahan afdhal baginya memakan hati binatang tersebutkerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.


c)Sepertiga (1/3) untuk dihadiahkan kepada saudara terdekat. Disunatkan bagi orang yang berkorban menghadiahkan sebahagiandaging korban sunatnya kepada orang yang mampu seperti ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan seumpamanya dari kalangan orangIslam.



/fuzidss

No comments: