Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 6, 2011

Korban membawa erti kepada kami

Pagi raya Kali ini sungguh nyaman cuacanya. Kami berlegar dirumah memandangkan kali ini masjid Lenga sedang dibaik pulih dan kaum hawa tiada tempat untuk solat. Namun begitu apa yang menjadikan ibadah kami pada tahun lebih bermakna kerana kami telah berpuasa pada hari Jumaat dan Sabtu, sunat yang paling dituntut dan ada yang imam yang mewajibkan puasa tersebut.


Seperti yang dituntut juga tidak dibenarkan potong kuku dan memotong rambut (segala jenis rambut dibadan) dan dipagi raya digalakkan untuk tidak menjamah sebarang makanan melainkan minum dan itu juga berjaya dilaksanakan. Begitulah jika beramal dengan bersandarkan ilmu hidup lebih jadi mudah..dan sesungguhnya islam itu mudah jika berilmu.


Menceritkan kisah nabi ibrahim dan nabi Ismail kepada anak2. Kesan-kesan pengorbanan Nabi Ibrahim. Betapa beliau mementing kan perintahk dari Allah dari segalanya termasuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail dan keperibadian Nabi Allah seharusnya menjadi contoh kepada umat islam


Ibu, besarnya lembu, boleh Amaar naik tak? Hummm? adoiiii

my kanda bersiap sedia untuk melapah daging lembu. Si kecil sedang cuba mempelajari ilmu tersebut dari ayahanda tersayang.


/fuzidss

No comments: