Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, December 27, 2011

Moga Kami senantiasa terus Dengan Langkah Mujahadah



Inilah wajah kesayangan si Abah... bila ditanya, Kakak nak masuk asrama tak? " rasa nak stay la bu" Tapi ditempat sekarang tak de jurusan Arab kakak, sayang kalau tak teruskan". Jawabku. Beliau diam seribu bahasa. Ku sangat memahamai perasaan anak gadis ini kerana tidak ingin berpisah dengan keluarganya sangat menebal. Bagi ku selagi beliau mampu untuk menimba pelajara, walaupun dimana jua, beliau istiqamah insyaAllah Allah pasti memberi barakah ilmu tersebut. Kami sebagai ibubapa tak memaksa beliau namun akan cuba mendapat yang terbaik untuk beliau.

Kami akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Kami yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah kami mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan kami senantiasa memohon agar ada Allah di hati anak-anak kami sehinggakan jurusan pelajaran mereke ingin memilih yang terbaik buat agama Allah. Syabas Kakak

Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.


/fuzidss

No comments: