Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, December 28, 2011

Wajah-Wajah si Cilik ....


Amaar Nijad


Amir Farhan


Alif Naufal

Anak-anak adalah cahaya mata, penyejuk hati & keletah mereka banyak menduga kesabaran si ibu. Dididik dan dipelihara, mencuaikannya khianat dan dosa. Amanah Allah yang perlu dijaga... Apakah merekakan jadi Yahudi, jadi Nasrani atau Majusi atau merekan kan jadi pejuang Allah, mereka Amaanah dari Allah.sedutan nasyid dari Al-argam.

ALIF NAUFAL, sangat merupakan anak yang sangat bertenaga, pabila inginkan sesuatu pasti akan dicuba dengan sedaya upaya. AMIR FARHAN seorang anak yang sangat taat dan sangat lemah lembut. sukakan pada Hafazan al-quran dan pasti akan membaca tanpa dipaksa. Menjadi inspirasi si ibu untuk menjadikan tabiat hafazan sebagai amalan harian. Namun tidak dapat menandingi beliau. AMAAR NIJAD pula seorang yang sangant petah berkata-kata, dikala ini sungguh taksub dengan laptop untuk melayari youtube, bagi menyaksikan upin & ipin rancangan kegemarannya. "ibu, nak tatop" itulah fav words darinya setiap hari. Mereka ini sangat memerhatikan gerak geri langkah ibubapa mereka. Pernah sekali ditegur oleh si Alif " Ibu, lama dah ibu tak pergi kuliah Maghrib di Surau....aduhhh dikala itu bagaikan satu tamparan yang hebat kerana asyik dok melayan siri Kisah tentang Dhia di tv dan alpa. Dok asyik melayan hal dunia maka lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang mukmin sejati...terima kasih anakku. Adam & Anis merupakan contoh terbaik buat mereka. Sering dititipkan ditelinga mereka... kita hidup ni untuk mencari redha Allah ..seakan-akan faham namun tidak putus-putus dari mulut ibunya ini utk mengulangi pekataan itu.
/fuzidss

No comments: