Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, December 21, 2011

Mendambakan Damai Bersamanya...






dalam hidup berumah tangga ada masam pahit, manis dan segalanya. Terimalah hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati kita menjadi lebih tenang tetapi jika kita memberontak hatia akan bertambah kacau. " let go, let GOD - maksudnya lepaskan dan pasrahlah kepada Allah. " tanda kita memberontak pada pada apabila diuji, kata Imam ghazali-rhm: " cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah memberontak kepada tuhannya apabila dia menukar kebiasaannya dalam hidupnya abaila diuji Allah dengan sesuatu yg tidak disukainya. Contohnya; suami isteri tidak mahu lagi makan bersama dan tidak lagi menjaga anak-anaknya. " dikala kita diuji marilah kita melafazkan ucapan kalimah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. " Firman Allah s.w.t yg bermaksud" iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanya kepada kami kembali"-02: 156.

Oleh itu pesan buat diriku " jagalah rumah tangga dengan sebaik-baiknya. Carilah jalan damai sehabis daya. Namun ingatlah jika badai terus melanda, ingatlah itu sudah maktub (tertulis ) Jangan rosakkan hati kita dengan kalimah "kalau" atau " jika"
/fuzidss

No comments: