Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 10, 2012

Nasi Goreng Bunga Kantan...special for myself


Malam tadi habis kuliah lebih kurang 10.45 malam, sampai dirumah ku melihat my kanda dipintu gate dan berjalan menuju keluar ingatkan nak buka pintu ke, tapi kelihatan kemas seakan-akan nak keluar..hummm. Pintu kereta dibuka berdiri. Ok... nak pergi mana tanyaku.... Seperti biasa diam seribu bahasa. Ku turutkan sahaja kehendaknya rupanya beliau bawa ronda-ronda tanpa sebarang kata terluah dibibirnya. Aku melihat sahaja gelagatnya. Tanpa sebarang kata namun aku bahagia dengan keadaan ini.Singgah minum then balik kerumah. Dirumahpun dan tanpa sebarang perkataan lahir dari mulutnya.Namun hati ini sungguh bahagia teramat.Sambil beliau lelapkan mata tangan digengam erat hingga ke subuh , 5 pagi ...Buat pertama kalinya dalam hidup ini, SAMBUTAN HARI LAHiR BERSAMA KANDA yang paling bermakna walaupun tanpa sebarang patah perkataan lahir dari mulutnya.

Oleh kerana gengaman yang erat mata ini tak boleh lelap lantas bangun dan teruskan tugas dan tersedialah 2 hidangan buat yang kanda dan anak2 tersayang. Nasi Goreng Bunga Kantan dan Nasi Lemak Hijau (pandan)

Nasi Goreng Bunga Kantan
Sumber My Resepi
Bahan-bahan ( 3-4 org )
4 mangkuk nasi
segengam ikan bilis
2 sudu cili giling
2 biji cili padi..nak pedas tambah lg.
2 ulas bwg putih
lobak merah ..potong dadu
4 biji kacang panjang
1 kntum bunga kantan ..hiris nipis
isi ayam sotong..ikut suka
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara-cara Tumbuk/kisar ikan bilis,bawang putih, dan cili padi.
tumis bhn yg ditumbuk tadi bersama cili kering giling

setelah garing masukkan masukkan isi ayam,udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis. kemudian masukkan nasi.letak kan garam. setelah masak semuanya,baru masukkan bunga kantan yg telah dihiris nipis tadi.

siap utk dihidang.makan panas2 dgn aroma bunga kantan yg sggh menyelerakan..
Tag
/fuzidss

No comments: