Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, March 20, 2012

Nasi Daging Berempah & Air Asam



Nasi Daging sangat banyak zat terkandung kerana mengandungi rempah. Alhamdulillah kemsemua bujang-bujang suka akan Nasi Daging. Terima kasih buat IKA diperantauau tu dan juga Kak Nor yang comey yang menjadi sumber inspirasi dalam mencari menu-menu terbaru. Cuma belum berkesempatan untuk mencuba bidang baking lagi ni. Moga Allah permudahkan urusan dan satu hari nanti boleh explore ke satu bidang lagi' Baking"

Sumber : Ika tersayang
NASI DAGING BEREMPAH
Resepi Asal : KAK FIDA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair>>ganti dgn fresh milk sbb takde stok susu cair

1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili>>yg ni tak masukkan takut pedas budak2 tak makan :D
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
1sb rempah kari daging>>yg ni tambahan kita yg letak :D resepi asal tak letak ya

Cara-cara Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. >>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.

Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.


AIR ASAMSumber : ARAH
Bahan2
4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air

1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

DAGING PANGGANG
Resepi Asal : ARAH
Bahan2
Beberapa hiris daging lembu>>yg ni kalau boleh gunakan tenderloin
Lada Hitam yg dah ditumbuk sedikit
Ketumbar dan Jintan Halus yg di sangan dan tumbuk, sedikit

Kicap Cair sedikit
**bhn2 di atas bergantung dgn jumlah berapa byk hirisan daging, agak2 ya :D

Cara2
Gaul kesemua bhn2 di atas td dgn daging, perap sekejap dlm 15minit. Kemudian boleh lah dibakar di atas arang atau grill pan sampai masak. Boleh dimakan dgn air asam tadi. Selamat mencuba!


/fuzidss

No comments: