Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, March 22, 2012

Sotong Bersos



sumber : Kak Nor-- sorry kak nor derhaka sikit menu n

SOTONG 3 RASA
sumber: PeriukTanah@Raihan
sumber: K.Nor@SecubitGaram

500 gm sotong sederhana besar- bersihkan, potong ikut citarasa
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 labu bawang besar dicincang
5 biji cili api akar-dicincang ***ikut ketahanan pedas
4 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang
1 sudu makan cuka [ tak de so tak letak]
3-5 sudu makan sos Thai [ tambah 3 sos lagi iaitu sos tomato/cili/tiram]
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sayuran seperti bunga kobis, kacang buncis [guna kacang panjang jee]
dan jagung manis-ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar sotong untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan cili merah dan cili padi. Kacau sebentar.Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
4. Masukkan cuka dan segala jenis sos diatas. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang bersama nasi putih dan lauk-pauk lain


/fuzidss

No comments: