Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, April 25, 2012

Asal Kejadian Manusia - Surah Al Mukminun 12-14

/fuzidss

Malam tadi bermula kuliah bersama ustaz Firdaus di rumahnya. Pengajian dirumah beliau lebih informal jika dibandingkan di Ulum centre.
Sebelum hadir, pergi ke Surau Al Mawaddah, nak berjumpa Anak bujangku ni yang sudah 3 hari tak bersua kerana berada di kesatuan Rugbi di Putrajaya untuk perlawanan rugbi bawah 14 tahun dalam negeri selangor. Ku lihat dari jauh terdengkot-dengkot setelah masuk kudakap beliau. No berapa Adam? “No 4 bu” Alhamdulillah syabas beliau senyum dan kulihat tangannya beberbalut.
Sesampai saja dirumah di rumah Ustaz kulihat Mar & Linda sedang berbual bersama Ustazah Nisak. Kak Lela & Kak Ton tak dapat hadir atas urusan masing-masing. Talaqi dimulakan oleh Mar dan Linda dan malam ini akan bermula dengan Sruah Al Mukminun. Setelah selesai talaqi Ustaz sentuh tentang tafseer pada ayat 12 Surah Al Mu’minuun.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah (‘alaqah), lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang (idham) lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” (surah al-Mu’minun: ayat 12-14)
SYABAS ADAM menduduki tangga ke 4 dalam negeri Selangor - Great Job Son

Ustaz Menerangkan ayat dan dibahagikan pada 4
a) Tanah yang datang nya dari perlbagai jenis.[thuroh= tanah]
b) Tin-= tanah + air
c) Bila tanah yang bertakung ini akan jadi berbau dan busuk
d) Menjadi keras dan jatuh akan berbunyi

Begitulah Allah cipta manusia dengan pelbagai karaktor dan warna kulit. Para ahli sebelumnya berkeyakinan bahawa pada janin, kerangka tulang terbentuk bersamaan dengan otot. Namun penemuan terakhir telah mengungkap suatu kebenaran, bahawa jaringan tulang pertama tumbuh dan terbentuk dalam embrio, dan kemudian jaringan otot terbentuk untuk menyelebungi tulang-tulang ini. Hal ini telah dipaparkan dalam Al Qur’an surah Al Mu’minun ayat 14, yang dalam bahasa Qur’an di sebut sebagai idham (tulang) dan idham bil laham (tulang yang dibungkus dengan daging).


Demikianlah Allah SWT telah menjelaskan kepada manusia bagaimana ia diciptakan dari setitis mani dan terbentuk di dalam rahim sang ibu. Disitulah tempat yang kukuh.
Berbeza dengan kejadian Jin dan Syaitan. Jin asalnya dari cahaya dan syaitan pula asalnya dari api. Jin ini ada tetapi tidak nampak dan ia menjelma dalam berbagai bentuk yang menurut Sama seperti manusia, jin mempunyai jantina, makan dan minum, berkeluarga, berketurunan, beragama dan hidup di dunia. Jin ada yang baik dan jahat. Surah al-Jin, ayat 14: “Dan sesungguhnya sebahagian daripada kita adalah Islam, dan ada yang menyeleweng daripada kebenaran; maka sesiapa yang menurut Islam, maka merekalah golongan yang telah mencari dan menurut jalan yang benar.”


Walaupun kedua-dua makhluk hidup di dunia yang sama, manusia tidak boleh melihat jin tetapi jin boleh melihat manusia. Jika ada manusia yang boleh melihat jin, itu hanya apabila jin menjelma dalam bentuk yang berlainan. Jin dalam bentuk asal memang tidak dapat dilihat manusia dengan mata kasar.
Jin dan manusia hidup di Bumi dalam dua dimensi yang berlainan. Surah al-A’raaf, sebahagian ayat 27 ada menceritakan: “Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dimana kamu tidak dapat melihat mereka.” Kejadian asal manusia daripada tanah manakala jin daripada api. Surah al-Hijr, ayat 26 – 27: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang merubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, daripada angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”
ANIS NABILAH menjadi contoh kepada adik-adik dan amanah dari Allah untuk kami dalam membentuk Aqidah dalam diri mereka semua...


Kewujudan jin lebih awal daripada manusia. Iblis diketahui mempunyai dendam kepada Adam a.s. dan seluruh keturunan manusia sehingga hari kiamat. Surah al-Kahfi ayat 50: “Dan ingatlah tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhakai perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka adalah musuhmu. Amatlah buruknya bagi orang yang zalim pengganti yang mereka pilih itu.”


Dalam kalangan masyarakat Melayu, aktiviti melibatkan alam jin sudah lama berlaku sejak turun-temurun tanpa banyak yang menyedari wujudnya unsur kesesatan dalam aktiviti tersebut. Hal ini demikian kerana sifat orang Melayu yang suka mengambil jalan mudah, tidak berfikir secara kritis dan terlalu mengikut hawa nafsu dengan merujuk tanpa asal usul periksa.
Jika dikaji kepercayaan orang Melayu, banyak unsur melibatkan alam jin boleh dilihat. Ada orang yang hendak menjadi kuat secara tiba-tiba dan ekspres, percaya ilmu kebatinan boleh membantu hasrat tersebut. Susuk untuk kelihatan cantik dan sebagainya. Begitu juga dengan kisah-kisah saka dan sebagainya amalan-amalan khurafat. Sebelum berakhirnya kuliah kami berkongsi bersama pengalaman masing-masing Mar dengan kisah tapak kaki dan Linda dengna kisah buah guli yang sering didengarnya. Ustaz menyarankan agar kita berbicara dengan baik dan berkata-kata dengan beliau agar tidak mengganggu kita walaupun kita tidak nampak.
Persoalannya sampai bila perkara sebegini akan berakhir. Mungkin arus pemodenan secara perlahan-lahan mampu mengalihkan perhatian masyarakat Melayu daripada alam jin kepada perkara yang lebih berfaedah untuk pembangunan bangsa. Golongan ulama perlu ke hadapan untuk memperbetulkan persepsi dan perkara salah yang masih diamalkan sesetengah masyarakat Melayu berkaitan jin. Bukan sahaja akidah terjejas, malah kepercayaan karut-marut yang jelas banyak bertentangan dengan agama akan melembapkan usaha memajukan bangsa. Ketika bangsa lain maju ke hadapan dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, kita mundur ke belakang dengan pelbagai permasalahan penglibatan diri dengan alam ghaib yang menyesatkan dan memudaratkan.

No comments: