Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, April 24, 2012

Lambaian buat Tetamu Allah



20 April 2012 jarum pendek telahpun menunjukkan nombor 5.00 pagi ..... ha nak masak eh lupa pulak hari ni tak perlu masak kerana perlu bergegas ke KLIA untuk menghantar tetamu-tatamu Allah ini iaitu Bonda Muo, Abah, Rapi dan Kak Roz. Sesampai kan sahaja di KLIA, kami dimaklumkan bahawa penerbangan ditangguhkan dan Alhamdulillah ada hikmat sebalik nya pasti. Kami pun apa lagi meronda-ronda ke kawasan KLIA bersama kanda dan si cilik Amaar yang berpakaian sekolah nya. Beliau sungguh gembira kerana berjalan sakan dan masa kami tertumpu padanya.

Seperti yang dicatitkan oleh Allah, disini aku berjumpa dengan Puteri yang akan menunaikan umrah dan satu penerbangan dengan bonda. Kemudian terserempak dengan Madi subhanallah inilah dikatakan segalanya diatur olehnya dan hikmatnya berjumpa dengan orang yang tidak kita sangka-sangka. Moga sumbangan kecil dari kami berdua ini dapat buat bekalan belanja disana dan kami senantiasa mendoakan tetamu ini akan dipermudahkan segala urusannya.

No comments: