Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, July 28, 2012

Nyonya Mee


Hari ni memang berhajat utk buat Mee Nyonya hasil dari rukukkan web CMG dan cik Hana. Seperti biasa kami berbuka dirumah bersama anak-anak dengan kurma dan kuih dan jamah sedikit mee setelah itu terus pergi surau mengerjakan solah maghrib. Memang sangat ketat jadula setelah sudah solat maghrib kami beramai-ramai berbuka. Seperti biasa jamuan sangat lah sederhana. Ku hulurkan mee tersebut rakan terdekat dan ku lihat seorang bekas guru yang boleh aku panggil nenek sungguh tekun menjamah mee nyonya tanpa berkata apa hanya menunjukkan thumb up padaku... rasa seronok sangat dia makan dengan selera sangat kerana sebelum beliau makan hanya sekadar mengalas perut sahaja.

sesudah berbuka seperti rutin biasa akan pulang untuk settle masak untuk bersahur dan juga do the housework kerana ramadan kali ini tiada pembantu jadi perlulah uruskan tanggungjawab seorang isteri kerana apa yang penting istiqamah dalam beribadah. Setelah basuh baju,susun baju mop lantai (tiap-tiap malam) tepat 9.45 malam bergegas ke mawaddah untuk tunaikan solat terawih 8 terakhir dan juga tadarus.

sumber nya Hana & CMG
Bahan Kuah Laksa
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)

Bahan Laksa
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan - hana gune mee kuning je
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis
/fuzidss

No comments: