Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, August 2, 2012

LEMPENG & SAMBAL UDANG



Resepi ni paling mudah dan paling diminati oleh keluarga fuzidss. 2x bancuh habis... memang mudah lah. Sepanjang Ramadhan memang bulan latihan dan bila dilihat jadual sgt padat dan kekadang terdengar suara berbisik " beli jee tak yah masak, kan bazar tu macam2 ada. Namun fokusku adalah utk meningkat kan ibadah dibulan ramadan tahun ini dan salah satu misi adalah untuk tidak pergi ke bazar. Alhadulillah ... semuanya makanan dimasak.. kerana seperti yg kita ketahui betapa besarnya ganjaran memasak buat mereka yang berbuka.

Walaupn kami berbuka disurau namun kami tetap berbuka bersama memastikan kami duduk semeja. Setelah menjamah qurma dan sedikit kuih, kami bergegas ke Surau utk perform solah maghrib dan isyak berjemaah disamping berbuka bersama ahli qariah al mawaddah

Ada sahabat bertanya awak tak penat ke, maghrib & isyak solah @ surau then balik umah. Datang semula utk solah terawih & witir.jawabku" yg fardhu tu penting & yg sunnah x mahu terlepas manakala tanggjwb menyediakan juadah buat berbuka juga x nak dilepaskan. sebulan ni je tak lama utk pulun krn ganjarannya berlipat x ganda. Harapan; moga dapat melatih diri utk terus istiqamah

Malam ni dapat bercakap dgn kak Nor dapur aulad- jom masak bersama anak-anak. Beliau berkongsi cara nak masak donut yang lembut. InsyaAllah saya pasti akan mencubanya

cara2nya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan air
sedikit garam

semua adunan ini says blend kan dan setelah itu goring macam kuih ketayap
/fuzidss

No comments: