Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, September 12, 2012

Lemon Chicken with Sos


gambar dibawah diambil ketika rombongan keluarga Saidon datang berziarah


Sumber Dari Hanamemory

Bahan-bahan
  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair- hana guna syouyu
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula- ltk 2 sudu campur madu sket
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)- x ltk
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)- hana buh sebijik!
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak- hana gune butter
  • Pewarna kuning (optional)
Cara-cara
  1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.

/fuzidss

No comments: