Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, October 28, 2013

Jangan Berputusa Asa .. teruskan kan perjuangan


Perlawanan Rugby antara sekolah-sekolah pada 26 Oktober 2013 di Sekolah Menengah Datuk Banting banyak mematangkan anak bujang ini. Bertempur dengan kumpulan- kumpulan yang hebat menjadi mereka untuk terus berjuang.

Ketika disaat mereka tewas...masih relevankah memberi nasihat dengan menyuruh mereka bersabar?
Bukan mencabar ketentuan takdir atau mahu membuktikan bahawa sabar itu tidak perlu.
Tapi, sedarkah kita bahawa mereka memerlukan sokongan kita, mereka berkongsi rasa dengan harapan kita mampu mengurangkan beban jiwa mereka. Bangun anak-anakku. setiap kegagalan itu pasti ada jalan kemenangan. Walaupun Seven Axes menduduki tangga ke 3 namun tenaga juanga mereka tunjukkan dapat diteladani.
 
 


No comments: