Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 3, 2013

Kusyuk Itu Perlu Di cari




Kuliah pagi ini  menjelaskan tentang kusyuk dalam solat. Seperti semua sedia maklum bahawa rukun solat ada 13

 Rukun solat terbahagi kepada 3 bahagian
a) Rukun Qalbi (yang diingat dalam hati)
b) Rukun Qauli ( yang di ucap dibibir)
c) Rukun Fi'li (perbuatan)

1Niat
2.Takbiratul Ihram
3.Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit  dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
4.Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5.Rukuk dengan toma`ninah.
6.I`tidal dengan toma`ninah
7.Sujud dua kali dengan toma`ninah
8.Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9.Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10.Membaca tasyahud akhir
11.Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12.Membaca salam yang pertama
13.Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Ustaz mengulas tentang surah Al Makminun
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Tiang Islam itu solat, tapaknya shahadah, Puasa itu dinding, zakat itu membersih dan bumbungnya adalah Haji.

Firman Allah lagi yang bermaksud :"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."[Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]





Orang yang meninggalkan solat itu adalah masalah akar dan gejala sosial yang berleluasa sekarang ini adalah kesan dari mereka yang meninggalkan solat. Ia berpunca dari akar.

Saidina Umar pernah menegur salah seorang sahabat, katanya, kusyuk itu bukan dimuka namun ianya datang dari hati. 3 konsep yang perlu di hayati untuk mencari kusyuk dalam solat. antaranya
a) Sebelum Solat
b) Ketika Solat
c) Setelah Solat.

Sebelum solat kita dilarang untuk melihat benda-benda haram iut akan menghalang kita dari memperolehi kusyuk. Perkara-perkara akan berlarutan dalam solat.  Ketika marah  dan terus melakukan solat. Redakan emosi sebelum laksanakan Solat Ini akan mempengaruhi solat. Kenapa antara kita sukar untuk menikmati kusyuk dalam solat.

antara sebab kita tidak kusyuk,

 1)Kerana kita tiada keazaman. Tanya diri apa yang kita lakukan sebelum solat. Begitulah Nabi Adam     a.s beliau tiada azam maka langgar perintah Allah.
2) Menjaga makan minum.Makanan yang haram, dari sumber haram itu akan merosakkan rangkaian kita pada Allah
3) Hati yang perpenyakit  hati yang kotor.  Hati yang lango. Banyak berbual kosong.
4) Mabuk dalam solat..maksud disini kita kita tidak memahami apa yang dibaca membawa fikiran kita melayang memikirkan perkara lain.

Kita perlu tanya diri bila masa  kita pernah merasai kusyuk.. disaat kita gundah... benar-benar berhajat pada Allah, di saat kita menunaikan Umrah.. pasti kita merasai benar-benar kusyuk itu datang..

unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.. Keenam-enam itu, mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, ialah,
  
    “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.






No comments: