Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, October 24, 2013

Matang

 
 
 
Allah sukakan perkara-perkara yang besar, cita-cita yang besar tetapi Allah tak benci benda yang selekeh. Benda yang tiada nilai jangan diperbesarkan.  Jangan suka buat benda yang selekeh. Beginilah anak-anak remaja punyai cita-cita besar untuk menjadi Doktor.  Cara pemikiran lebih jauh matang dari ketika diri ini  sebaya mereka.

Syukur kehadratNYA kerana sifat-sifat mereka dapat diteladani.  Kerana cara pemikiran mereka yang berfikir besar.. "I have a dream- Martin Luther King Jr" ibrah darik kisah malcom x mereka teladani.  Sering kita lihat bahawa  ramai mereka yang cara pemikiran tidak matang . Sentiasa berfikir mereka muda walaupun sudah mencecah ke 40 tahun namun pemikiran jauh lebih rendah dari anak-anak ini.

Moga Allah berkati masa kita... berkati masa anak-anak ini menghasilkan manusia productif dan tidak lahir anak-anak yang luar biasa pemikirannya. Biar ilmu dapat menyumbang kepada orang lain. Akaun kita banyak disisi Allah walaupun duit kita tidak banyak dalam kocek kita. RAmai orang duit yang banyak tapi tiada kegembiraan. Subhanallah supaya Allah berkat anak-anak ini yang berkawan dengan anak yang bernama Anis. Mudah-mudahan hidup kita diberkati. Kita tak perlu wang yang banyak tatapi kita perlu keberkatan. Kita perlu bangun mohon pada Allah untuk dapat keberkatan. Mudah-mudahan hidup anak-anak ini diberkati

Gambar-gambar ini diambil ketika majlis berbuka di rumah dan sempena kelahiran Anak Gadis ini pada 26 Julai 2013.
 
 


Teruskan anak-anak ku mencari siratul mustakim
 
 
 
 
 
 

No comments: