Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, January 22, 2014

Tetamu Singgah

 Ini dia tetamu kami yang tanpa kami duga. Tetiba sahaja kelihatan diruang kasut kami terdapat seekor ibu kucing beserta dengan 4 ekor anak kucing yang sangat comel terdampar di situ. Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Kami pun dengan redha menerima kehadiran mereka dan membesarkan anak-anak kucing sehingga pandai berdikari.



Ini ibunya, kami gelarnya OGIE.. dan anak-anaknya 3 betina dan seekor jantan. Leo, Dyo, Olga and Lego.

Ini salah seekor yg sgt comel .. emak telah datang merawatnya dan pergi ke kedai PET shoppe berhampiran beli keperluan sikucing ini. Yang tersangat bahagia adalah Kakak dan Amaar yang memang dari dulu minat kucing. Sebelum pergi dan balik sekolah pasti anak-anak kucing ini di jengahnya terlebih dahulu.


Hidungnya yang comot ini perlu dibersihkan ...

1 comment:

ummiaisyah said...

salam...mulianya hati anda....hihihi..sy x pandai jaga kucing..keep it up!