Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, February 22, 2014

3 Generasi

 3 sekawan ini punyai citarasa yang berbeza. Opah kegemarannya memelihara kucing, manakala si ibu suka menulis dan juga memasak dan si dara pulak suka baking dan menonton drama korea [ yang ini perlu dipantau ]. Namun walaupun punyai citarasa yang berbeza, kami tetap akan senantiasa berkongsi cerita dan ibu senantiasa mendengar luahan mereka berdua.

Ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak remaja.Anak kitaakan lebih mesra pabila kita bersikap seperti kawan pada mereka. Akan mudah berkomunikasi dan berinteraksi.Tanamkan sikap positif dalam diri dan ingin mencuba dan memberi amaran dalam  perkara negatif.

Antara usaha yang perlu dilakukanoleh ibu bapa,

1. Bimbingan- menerangkan pada anak-anak tentang implikasi melakukan perkara kebaikan dan keburukan agar anak mampu berfikir dengan bijak.

2. Agama- beri kefahaman agama terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan akidah. mempraktikkan ajaran agama sebenar bukan sekadar arahan

3. Mencintai Al Quran- membaca, menghafaz al quran dan yang lebih penting mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Jadikan Quran menjadi sumber rujukkan  dan asas ilmu. Quran mendidik manusia untuk bijak berfikir, membimbing manusia agar menjauhi dari hasutan syaitan, nafsu dan orang kafir, munafik dan lain-lain yang sering mengajak kepada kejahatan.

4. Peningkatan ilmu - kerana dengan ilmu manusia beramal berlandaskan sunnah dan quran bukan sembrono. Dengan ilmu  kita bijak menilai. Aturkan masa mereka dengan membaca.



No comments: